Sunday, July 12, 2009

Mei 2009

Alahai… “Bau bangkai mana boleh nak sorok”

Lamanya tak update blog. Aku tak taulah kenapa, tapi bosan betul kat tempat kerja aku sekarang. Macam-macam masalah yang ada. Masalah utama mestilah dengan Mr e..(siapalah lagi kan..) Baru-baru ni aku dengan member2 dalam department aku plan nak pergi berkelah kat teluk batik. Macam2 lah yang kita orang plan…sembang pulak depan Mr e. Tapi yang pasti kitaorang memang langsung tak teringin pun nak ajak dia masa tu. Kasihan juga, aku ni tak adalah kejam sangat. Tapi bila memikirkan keadaan akan menjadi tersangatlah tak syok kalau dia ada maka aku buangkan jauh2 perasaan kasihan aku tu… Nak dijadikan cerita dua tiga hari lepas tu aku dan kengkawan aku dengar pihak HR kat kilang aku nak buat perkelahan dekat kawasan teluk batik juga….lantaklah kan bukan aku punya pun teluk batik tu. Tapi yang buat aku ngan kengkawan aku yang lain terkejut tarikhnya sama dengan tarikh kami nak pergi. Lantaklah kan suka hati dioranglah nak pergi bila….tapi rupa2 nya aku dengan geng aku dapat tau Mr e pun terlibat sama dengan perancangan tu….amboi….bengangnya kita orang..Mestlilah dia tak puas hati sebab kita orang tak ajak dia…senior aku cukup menyampah bila dapat tau…kenapalah dengan mamat sorang ni..tak paham ker orang dah tak suka..saja jer nak tayang muka depan kita orang…Maka bertebaranlah memo mengenai perancangan Mr e tu keseluruh pelusuk kilang…kalau tanya kitaorang dalam store department ni sorrylah….tak join ok…tapi kalau department luar tu tak taulah… Mr e ni kan “plastik” lakonan ditahap yang paling cemerlang…sampaikan kengkawan aku yang kat department lain tu ingat dia tu “super workers” yang baik kat kilang tu. Aku ni pun kalau kerja kat department lain mesti tertipu juga dengan lakonan cemerlang Mr E tu. Nasiblah aku kerja kat dalam store bolehlah aku saksikan lakonan cemerlang dia tu. Pun begitu aku ni tak adalah pergi menjaja cerita dia kat kawan2 aku kat department lain tu sebab aku percaya “bau bangkai..mana boleh sorok..nanti lama2 orang tau juga kan. .

Seronoknya

Seronoknya….lama tak mandi laut. Perkelahan kami kat teluk batik hari tu cukup mengembirakan. Aku seawal 9.30 pagi lagi dah samapai kat teluk batik bersama dengan kawan aku Hanafi. Hanafi ni kawan kat tempat kerja “part time” aku tu. Dia ni dari Bandung. Indonesia. Kesian aku tengok dia tak ada pun pergi jalan mana2 walaupun dah setengah tahun lebih tinggal kat sini. Jadi aku pun bawalah dia join sekali. Tapi dia tak mandi pun, dia duduk kat atas jer sambil jaga barang2 kami. Bukan aku yang paksa dia jaga ok..tapi dia yang memang tak nak mandi nak buat macam mana. Tapi nasib baiklah dia ada sebab masa kami semua seronok berendam dalam air laut yang jernih lagi membiru hari tu, ada beberapa ekor monyet yang cuba untuk mencuri barang2 kami. Nasib ada Hanafi dia yang tolong halaukan semua monyet tu. Tapi monyet tu dah biasa tengok manusia. Tak lama lepas tu datang balik. Mula2 tu hanafi cakap dia terkejut juga. Yalah tiba2 jer monyet tu turun dari pokok..berderau juga darah dia masa tu…kelakar betullah…banyak monyet rupanya kat teluk batik tu.. Pukul 3 lebih baru aku balik dengan Hanafi. Banyak juga bekalan makanan yang kita orang bawa tak habis…Banyak sangat bawa. Aku pula bawa tembikai sampai sebiji..besar pulak tu…harga pun cecah Rm 13.00 hinggit..nasib manis kami makan separuh jer…separuh lagi aku sedekah kat group Mr e yang port nya kat sebelah kita orang jer…menyampah tengok muka Mr e…aku bagi tembikai tu kat member2 aku yang lain…malas nak bercakap dengan lelaki yang perasan bagus lagi kuat menghasut tu….. Keesokan harinya masa kat tempat kerja aku tengok muka semua kena “Sunburn”. Habis merah padam semua. Muka aku kena tak teruk sangat sebab aku berendam pun tak lama . Mandi masa tu pun sebab nak naik “Banana Boat”. Murah jer 5 ringgit jer sekali naik…serrrronokkkk giler…..

No comments:

Post a Comment