Tuesday, July 14, 2009

Nama baru..dan watak2 Dalam kilang

Assalammualaikum….
Hai kawan-kawan.Adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik serta pak cik-pakcik sekalian…lama tak ke udara ni….rasa lain pulak kan….
Sempena musim baru nie…aku nak perkenalkan kata ganti diri aku yang baru adalah….. “Abang”. Sesuailah ngaen umur aku yang dah meningkat dewasa…..pada yang tua dari aku..tu nak buat macam ner kan terpaksalah juga panggil aku “abang”…dah blog ni aku yang punya….ader aku kesah?

Okay semua…untuk julung2 kalinya kali nie abang nak cerita sikit pasal watak-watak utama kat dalam kilang abang. Okay kilang tempat abang kerja ni menghasilkan alat untuk menyukat tekanan yang berkualiti tinggi. Kat kilang nie lah abang berjumpa dengan watak2 yang dah mula sedikit demi sedikt mewarnai hidup abang.

Abang ader beberapa orang kawan yang agak rapat dengan abang sejak abang kerja kat kilang nie….Ada Din, Kak Mah, Kak Liza, Maliza, Kak Sab kak vee n Kak Tina…..mesti korang tertanya-tanya kan kenapa ramai pompuan…..mestikah abang jawab pertanyaan korang tu…tapi yang sebenarnya…….Ada aku kesah….? Kau ada banyak kawan pompuan? Tak ada kan?...tak der kau better senyap….

Untuk watak yang pertama….Di perkenalkan….



DIN
Mamat nie…muda setahun dari abang, dan of course lah dia nie dah berpunya…so pada sesiapa yg baru teringat nak ngorat dia…hentikanlah…..niat di hati tu…baik korang ngorat Abang kat sini….hah….tetiba jerk kan..promote diri di alam siber Ria nie…Dia nie kira best friend abanglah juga kat kilang ni….Abang suka kawan ngan dia sebab dia ni tak suka menyibuk hal orang lain, baik pulak tu…kalau nak minta tunjuk ajar apa2 ngan dia..senang jer…tak macam sorang tuuuuu…ilmu kunci didada….oppsss terlebih sudah kan….siapa yang kena? Ada aku kesah? Dia ni cool jer sentiasa..tapi kengkadang tak terlayan juga abang ngan lawak mengong dia yg tetiba jer menjelma time dia ngantuk masa kerja…biasanya abang, kak mah ngan maliza lah yg selalu kena….itulah Din…..


Yang Kedua namanya Kak Mah



Kak mah ni dilahirkan dari species yg suka ketawa…korang kalau nak tengok cerita yang lawaknya ala2 segan tapi tak mau.tu…dicadangkan ajaklah kak mah sekali…nescaya korang akan ramai2 bergelak ketawa….sebab dia akan ketawa…dan terus ketawa….Tapi air yg tenang jangan disangka…swimming pool kan….tetiba jer kak mah nie boleh berubah mood kalau ada sesiapa yang pandai petik suis kemarahan dia….ala-ala transformers lah kak mah ni kan..nak tau suis tu kat mana? Nak tau…..nak tau juga….tak yah lah….kenapa? korang marah kat abang ker? Ader abang kata abang nak bagi tau suis tu kat mana? Ader?....Ader ker? Tak der kan? So….diam…Kak mah ni pandai juga masak. Mee kari dia best…Rumah kak mah ni belakang bukit engku Busu..Cantik oo view kat sana…Itulah serba sedikit tentang kak mah yg harus korang ketahui….

Yang ketiga namanya Kak Liza



Kak Liza ni orangnya peramah juga. Dia ni antara salah seorang yang memang dah lama kerja kat kilang nie. Dah berbelas tahun dah. Abang boleh sifatkan kak Liza ni sebagai seorang yang sukakan….kekemasan…dia nie tengok gaya macam rajin mengemas. Habis segala bingkai2 gambar dalam store tempat kerja kami tu dia yang buat sendiri. Kalau dalam store tu, memang meja dia..yang paling meriah sekali lah kan….he..he..he…



Yang keempat namanya Maliza



Maliza nie assistant kak LiZa. Dia ni sebaya dengan abang. Dia ni selalu lepak ngan abang. Kalau ajak gi jalan mana2 dia ni adalah antara yang terajin nak ikut. Memang kaki jalan lah dia nie…yang pasti dia ni memang ala2 budak baik jer lah kan…walaupun……tak yah citerlah kan….ha…ha..ha…ada aku kesah…



Yang Kelima namanya

Kak Sab aka Sabariah





Dia nie adalah antara makhluk yg paling kebal telinga dan hatinya kat dalam kilang tu. Kenapa abang cakap macam tu…? Sebab dia nie memang kita boleh jadikan tempat bergurau paling syok lah kat dalam kilang tu. Tapi ngan satu syarat….si pengacau ngan yang di kacau mestilah terdiri dari orang2 yang lambat nak sentap-sentap nie…..macam abang ngan dia dah biasa dah…..abang hanjengkan dia…dia hanjengkan abang balik….kami ni tak mainlah simpan2 dalam hati….lepas kutuk mengutuk…apa yang kami hanjengkan akan kami simpan dalam pendrive…pastu simpan dalam satu folder…..esok2 kalau perang besar boleh abang buka balik file tu kan….ha..ha..ha…suci kan cara kami?

Muka kak sab kalau jadi Hantu...



Yang keenam namanya Kak Tina


Dia ni kalau bab balut membalut hadiah…serah jer…..kau nak yang kecik yang besar semua dia bagi kat wati. Siapa Wati????? Korang tak kenal???? Ada aku kesah. Kelakar juga dia nie…merangkap sebagai teman paling baik ngan kak sab tu…pagi tadi abang tengok kotak buruk yang bawah meja dia pun dah dia balut ngan kertas pembalut hadiah…kreatif tu wei,…..sedeehhhh kan….

Memperkenalkan..kotak ajaib...cantik ker?


Yang ketujuh nama nya Kak VEE


Kak vee nie adalah seorang pekerja yang berdedikasi merangkap usahawan sayur dan kerepek yg Berjaya. Kelaz kan jual sayur kat kilang….. Kilang korang ader??? Tak der kan…ha..ha….kak vee nie walaupun orang India…tapi loghat peraknya kalah lah abang kan…..ateeee ade teman kesah…ha..ha…ha…ampun kak Vee….


Inilah ladang kak vee..kaya kan dia...walaupun kaya..tetap kerja kat kilang nie..


oklah sebelum berpisah...permintaan dari "geng bas sekolah" ....diorang nak enter premmm jap...



BYE...BYE...




No comments:

Post a Comment