Khamis, 09 April 2009
Merompak Diri Sendiri
Bertuah betul rasanya pagi ni sebab digerakkan hati oleh Allah S.W.T untuk aku menonton rancangan Malaysia Hari Ini yang dah agak lama tak dapat aku tonton kebelakangan ini kerana tuntutan kerjaya yang harus aku penuhi. Tak sia2 aku ambil cuti hari ini. “Merompak diri sendiri” bunyinya macam pelik sikit tapi itulah hakikat yang sebenarnya berlaku kepada hampir setiap daripada kita. Aku tak berapa ingat nama penuh penceramah yang dijemput tu tapi nickname dia “SK”. Sedar tak sedar hampir setiap bulan apabila kita menerima gaji, kita akan membelanjakannya dengan cara yang salah dan akhirnya akan membebankan diri kita sendiri. Contoh paling mudah yang diberikan oleh beliau adalah dengan menceritakan satu senario yang acap kali berlaku dikalangan kita sendiri, Seorang ketua keluarga dengan pendapatan RM 2000.00 sebulan terpaksa membayar ansuran rumah sebanyak RM 1000.00 ringgit, pelbagai perbelanjaan kekeluargaan yang jumlahnya juga mencecah hampir 4 ke 5 ratus setiap bulan. Klimaks cerita ini terjadi apabila pada suatu hari kenderaan yang dinaiki olehnya mengalami kerosakan yang menyebabkan dia terpaksa membayar sehingga RM 1200.00 untuk membaikpulih kenderaannya. Dalam keadaan yang mendesak dia akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk “merompak” dahulu wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar ansuran rumahnya dan sebahagian perbelanjaan keluarganya. Dalam keadaan ini dia sebenarnya telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang sukar untuk bulan2 yang berikutnya. Disinilah SK telah memperkenalkan satu kaedah untuk menangani masalah ini. Beliau mencadangkan agar setiap daripada kita supaya mula mengasingkan 30% daripada gaji yang kita terima setiap bulan. Sampai pada satu tahap yang sesuai dia mencadangkan agar jumlah simpanan kecemasan kita didalam akaun adalah 6 kali ganda gaji kita. Maknanya kalau gaji kita RM 2000.00 di darabkan dengan 6 jadinya RM 12000.00 jumlah yang ada didalam akaun kecemasan kita. Sekiranya berlaku apa2 kecemasan yang memerlukan penggunaan duit yang agak banyak kita sudah bersedia dan tidak perlu lagi merompak diri sendiri. Satu kaedah yang Nampak agak tradisional tetapi kelihatan amat berkesan jika difikirkan semula. Teringat aku dengan cerita “Kak Yati” rakan sekerja aku di tempat kerja lama aku dahulu. Dia selalu merungut dengan suaminya berkenaan dengan gaji bulanannya yang selalu tidak mencukupi. Dengan ayat yang amat spontan si suami menjawah keluhan Kak Yati dengan ayat yang sangat melekat dihati aku sehingga ke hari ini “Kalau dah gaji tu Rm 500.00 janganlah belanja macam gaji awak tu RM 3000.00.” Kedengaran amat spontan tetapi mempunyai maksud yang amat mendalam sekali. Fikir-fikirkanlah. Untuk bulan ini akan akan mula mempraktikkan kaedah SK ni.
No comments:
Post a Comment